|
|
 |
 |
Jul 15, 2009
Cucu Kesayangan Rasulullah
Sesungguhnya
kehidupan dan kematiannya merupakan gambaran yang indah dari insan yang
mulia, penuh pengorbanan, iffah, suci, jiwa yang tenteram dan bersih.
Patut baginya memperoleh kedudukan yang tinggi di dunia dan di akhirat,
kerana dia adalah cucu Rasulullah SAW putera Saidina Ali ra. dan
Fatimah Az-Zahrah, serta saudara kandung Husein, penghulu para syuhada.
Layak pula baginya memperolehi tempat yang mulia di antara orang-orang
soleh, kerana beliau meninggalkan jabatan khalifah dengan cara
bermandikan darah para syuhada. Beliau mengutamakan meninggikan bendera
Islam sebagai ganti mengumandangkan teriakan perang. Hatinya
memancarkan rahmat, kasih sayang, kalbunya diliputi dengan perasaan
kasih, dan jiwanya penuh dengan sifat keutamaan. Bekas
ciuman Nabi bau semerbak dari bibirnya. Baginda SAW mencintai Hasan dan
saudaranya Husein, sehingga menjadikan kehidupan keduanya bagai
kehidupan para malaikat. Keduanya hidup dalam naungan Ilahi. Pada masa
kanak-kanaknya yang suci, mereka diberi ucapan-ucapan wahyu di
lingkungan kenabian. Rasulullah SAW memberinya pelajaran dan cara hidup
Islam serta pendidikan Ilahi. Dari lingkungan kedua orang tuanya,
mereka mengambil suri teladan yang mulia. Dalam lingkungan yang jelas
dan positif itulah Saidina Hasan dan Saidina Husein hidup berdampingan
satu sama lain. Hampir tiada berlalu suatu haripun tanpa
baginda SAW mengungkapkan kepada para sahabatnya tentang cintanya
kepada cucu-cucunya. Badan Saidina Hasan banyak kemiripannya dengan
bentuk badan Rasulullah. Diriwayatkan bahawa suatu hari Abu Bakar dan
Ali sedang keluar dari masjid selesai solat. Tiba-tiba mereka berdua
melihat Hasan ra. sedang bermain. Lalu Abu Bakar ikut mengajaknya
bermain. Setelah itu beliau berkata kepada Ali ra.: “Demi Allah, dia
lebih mirip dengan Nabi SAW daripada denganmu.” Mendengar yang demikian
itu Saidina Ali ra. tertawa. Tentang kecintaan Nabi SAW
kepada Saidina Hasan dan Saidina Husein, Abu Hurairah ra. pernah
berkata: “Rasulullah SAW datang kepada kami bersama kedua cucunya,
Hasan dan Husein. Yang pertama ada di bahunya yang satu, dan yang kedua
ada di bahunya yang lain. Sesekali baginda SAW menciumnya, sampai
baginda berhenti di tempat kami. Kemudian baginda bersabda:
“Barangsiapa mencintai keduanya (Hasan dan Husein) bererti ia mencintai
aku. Barangsiapa membenci keduanya bererti ia membenci aku.”
Hadith-hadith yang berhubungan dengan kecintaan baginda SAW terhadap
Saidina Hasan dan Saidina Husein banyak disebut dalam sejarah Nabi SAW.
Berkaitan dengan Saidina Hasan, Nabi SAW memberitahukan bahawa
ia akan mendamaikan antara dua golongan kaum muslimin. Beberapa tahun
setelah itu ramalan tersebut betul-betul terjadi. Peristiwa itu terjadi
setelah wafatnya Rasulullah SAW dan setelah Saidina Ali ra. meninggal
dunia. Saat itu penduduk Irak datang untuk membaiat Saidina Hasan.
Mereka percaya bahawa Saidina Hasanlah yang paling berhak menduduki
jabatan khalifah. Pada waktu yang bersamaan
penduduk Syam membaiat Muawiyah, sehingga pertempuran baru antara Irak
dan Syam tidak dapat dihindari lagi. Di sinilah nampak kecerdasan
Saidina Hasan. Beliau berfikir, terbayang dalam benaknya apa yang
pernah terjadi dalam perang Shiffin. Di situ ia melihat ramainya korban
yang terbunuh dan darah yang mengalir, mengakibatkan anak menjadi yatim
dan perempuan menjadi janda. Apa yang dihasilkan oleh perang hanyalah
kebinasaan dan kerosakan. Beliau khuatir terulangnya kembali peristiwa
peperangan dan pertumpahan darah antara sesama kaum muslimin.
Ketika ia sedang mencari jalan penyelesaian dari terjadinya
pertumpahan darah tersebut, tiba-tiba datang surat dari Muawiyah
kepadanya. Di dalamnya tersirat politik Bani Umaiyah untuk mengadakan
perdamaian dengan syarat Saidina Hasan dijanjikan akan menjadi khalifah
nanti setelah kematian Muawiyah. Setelah Saidina
Hasan selesai membaca surat tersebut, serta merta ia mengutus utusan
untuk menemui saudaranya Husein di Madinah. Ia menganjurkannya menerima
usul perdamaian tersebut. Demikian pula sikapnya saat para pemuka
penduduk Irak berkumpul di gedung pertemuan di Irak. Beliau berkata
kepada mereka: “Sesungguhnya kalian membaiatku adalah untuk berdamai
dengan orang yang mengajak damai dan berperang dengan orang yang
mengajak perang. Sesungguhnya aku telah membaiat Muawiyah, maka
dengarlah kata-kataku.” Peristiwa ini diterima
oleh penduduk Iraq secara terpaksa. Begitu pula halnya dengan Saidina
Husein, beliau menerimanya secara terpaksa pula. Pada dasarnya semuanya
menghendaki agar jabatan khalifah dipegang oleh keluarga Nabi, bukan
didahului oleh Bani Umaiyah. Akan tetapi cara berfikir Saidina Hasan
menuju kepada mencegah pertumpahan darah di kalangan kaum muslimin.
Cukuplah bagi beliau apa yang pernah terjadi dalam perang Shiffin. Akan
tetapi Muawiyah tidak ingin menepati janjinya. Ia telah menetapkan
perintah membaiat anaknya, Yazid. Politiknya adalah jangka panjang,
meskipun pada mulanya keinginannya belum tercapai, namun ia menjadikan
strateginya itu secara bertahap. Akibatnya setiap
sahabat Rasulullah SAW yang mendengar maksud Muawiyah tersebut bukan
main marahnya. Sebab jabatan khalifah akan dipegang oleh penguasa yang
bengis, sebagaimana yang pernah diberitakan oleh Rasulullah SAW.
Namun meskipun Saidina Hasan menjaga jangan sampai terjadi
pertumpahan darah di kalangan kaum muslimin. Tapi tetap saja
perkara-perkara lain muncul di hadapannya. Pada akhirnya berkali-kali
beliau menghadapi usaha orang lain yang hendak meracuninya, tapi masih
boleh diubati. Orang-orang tersebut tidak puas jika belum berhasil
dalam usahanya. Hingga suatu ketika Saidina Hasan merasakan adanya
racun pahit yang ada dalam makanannya. Rasanya seperti ditikam pisau
dalam perutnya. Dengan menahan rasa sakit yang keras itu, beliau
bertanya kepada saudaranya Saidina Husein: “Siapa yang menyembunyikan
racun tersebut?” Saidina Husein tidak boleh menjawab, dan tidak lama
kemudian beliau pun wafat. Peristiwa itu terjadi
pada tahun 50 H menurut pendapat yang paling kuat, dan seluruh penduduk
Madinah ikut berkabung, menguburkan jasadnya yang suci di Baqi’.
Dikhabarkan di tempat itu tersebar bau harum sewangi kasturi,
seolah-olah para malaikat menaburkan wewangian syurga di dalamnya.
Semoga Allah memberi rahmat kepada Saidina Hasan dan Saidina
Husein. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda tentang mereka
berdua: “Mereka berdua termasuk pemuka para pemuda ahli syurga.” Pemuka Para Pemuda Ahli Surga
Sejak saat kelahirannya, seisi langit menyambut kehadirannya.
Seisi bumi di sekitarnya memancarkan sinar kesucian, diliputi dengan
rahmat dan semerbak bau wangi yang ditaburkan oleh para malaikat.
Ketika Rasulullah SAW mendengar bahawa puterinya Fatimah Az-Zahrah
dikurniai putera, baginda bergegas menuju ke rumahnya. Nabi SAW
menjumpainya dengan raut wajah yang bersinar, bak purnama.
Begitulah kebiasaan baginda ketika mendengar berita gembira.
Kemudian Nabi mendekat kepada bayi yang masih suci, mengumandangkan
azan di telinganya seperti azan solat. Itulah kalimat pertama yang
didengar oleh Saidina Husein setelah kelahiran beliau di dunia pada
tanggal 5 Syaban 4 H. Sebelum Rasulullah SAW berangkat ke rumah
puterinya, Fatimah, baginda sudah mempersiapkan nama untuk bayi
tersebut dengan nama “Husein”, suatu nama yang belum dikenal oleh
bangsa Arab pada waktu itu. Husein ra. hidup di
rumah ayahnya di Madinah. Rasulullah SAW pun mencintainya, dan
mencintai saudaranya, Hasan ra. dengan cinta yang amat dalam. Kecintaan
baginda itu digambarkan oleh Usamah Ibn Zaid dalam suatu peristiwa yang
disaksikannya sendiri. Usamah berkata: “Aku mengetuk pintu rumah
Rasulullah SAW sambil membawa sesuatu yang tidak aku ketahui apa yang
dibawanya. Setelah selesai dengan tujuan yang saya inginkan, aku
bertanya kepada baginda: “Engkau sedang membawa apa ya Rasulullah?”
Baginda pun membukanya. Ternyata itu adalah Hasan dan Husein. Baginda
bersabda: “Kedua anak ini adalah anakku, dan anak puteriku. Ya Allah,
sungguh aku mencintai keduanya. Maka cintailah keduanya, dan cintailah
orang yang mencintai keduanya.” Apabila Hasan dan
Husein datang kepada datoknya, Rasulullah SAW, baginda memeluk mereka
dengan kasih sayang dan menciumnya satu persatu, kemudian memangkunya
di atas pahanya. Para sahabat di sekitar baginda segera mengucap:
“Sesungguhnya keduanya adalah pemuka para pemuda ahli syurga.”
Sebahagian dari ucapan Rasulullah yang mencerminkan gelora kasih
sayangnya pada Saidina Husein adalah, “Husein itu dariku dan aku dari
Husein. Semoga Allah mencintai orang yang mencintai Husein. Husein
adalah cucuku.” Husein ra. tumbuh dalam
lingkungan yang paling bersih dan mulia dari sifat manusiawi. Datuknya
adalah Rasulullah SAW pemuka sekalian makhluk. Ayahnya adalah Ali Ibn
Abi Thalib Karramallahu Wajhahu, memiliki peringkat teratas dari sifat
dermawan, penuh pengorbanan, berjuang, dan patuh kepada Allah dan
Rasul-Nya. Ibunya adalah Fatimah Az-Zahrah, seutama-utama perempuan
pada masanya. Maka memadailah jika dikatakan bahawa dia adalah puteri
Rasulullah SAW, isteri bagi pemimpin para pejuang, dan ibu dari pemuka
para pemuda ahli syurga. Dalam persekitaran
perjuangan yang berbau kenabian yang bersinarkan wahyu serta penuh
dengan peristiwa jihad inilah Saidina Husein ra. menghabiskan masa
kanak-kanaknya yang pertama. Di sekitar rumah ayahnya, Ali Ibn Abi
Thalib, dan rumah datuknya Rasulullah SAW sampai beliau menginjak 6
tahun 7 bulan 7 hari, Rasulullah SAW pun wafat. Peristiwa wafatnya
Rasulullah itu disaksikan oleh Husein ra. Bagaimana penduduk kota
Madinah diliputi dengan rasa duka, dan bagaimana duka yang dialami oleh
kaum muslimin yang sangat mendalam itu boleh menghilangkan akal
sebahagian dari mereka. Sehingga orang genius seperti Umar Ibn
Al-Khatthab diliputi dengan fikiran kosong. Umar berseru kepada
orang-orang: “Barangsiapa berkata bahawa Muhammad telah mati, akan aku
bunuh dengan pedangku ini!” Semua itu disaksikan oleh Husein ra.
Kemudian dia mendengar perihal ayahnya dan kaum muslimin yang
bercakap-cakap tentang perang Riddah. Beliau hidup semasa
peristiwa-peristiwa itu terjadi dalam keadaan jiwanya yang bersih.
Tatkala mencapai usia remaja, ia menjadi anggota barisan para pejuang.
Ia ikut bersama ayahnya dalam perang Jamal, Perang Shiffin dan perang
melawan kaum Khawarij. Ayahnya, Ali Ibn Abi
Thalib, adalah pemimpin perang yang berwawasan jauh. Allah memberinya
ilham terhadap perkara-perkara yang ghaib dan tidak dapat dijangkau
oleh semua orang. Ketika beliau keluar dari Madinah menuju ke Kufah dan
sampai di Karbala, beliau mengarahkan pandangannya di tanah tersebut
dengan pandangan yang amat dukacita. Beliau berkata: “Di sinilah tempat
pemberhentian perjalanannya, dan di sinilah tertumpah darahnya.”
Orang-orang di sekitarnya tidak mengerti ungkapan sedih dan
mengharukan tersebut. Baru setelah beberapa tahun kemudian, terjadilah
di situ peristiwa berdarah dalam peta dunia Islam. Rebutan kekuasaan
dan peralihan kepemimpinan khalifah menjadi raja yang bengis
sebagaimana hal tersebut pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, iaitu
ketika Muawiyah membaiat puteranya, Yazid, dengan paksa. Seandainya
tidak kerana kebijaksanaan Husein ra., tentu darah kaum muslimin akan
tumpah. Pendiriannya boleh mencegah pecahnya
perang antara golongan pembaiat dan penentangnya. Akan tetapi
pertentangan tetap ada, meskipun secara sembunyi-sembunyi dalam tiap
peribadi dan tidak nampak kecuali setelah kematian Muawiyah. Para
pemuka Kufah mengirim surat kepada Husein ra. meminta kepadanya agar
hadir di Kufah untuk dibaiat. Husein menghadapi perkara ini dengan
cermat. Beliau mengutus anak bapa saudaranya Muslim Ibn Aqil. Tapi
ketika Ubaidillah Ibnu Ziyad menjadi penguasa Basrah, Muslim Ibn Aqil
dibunuhnya. Peristiwa itu terjadi pada 9 Zulhijjah 60 H.
Peristiwa pembunuhan Muslim Ibn Aqil tersebut terjadi sebelum
keluarnya Husein ra. dari Makkah ke Kufah selang satu hari. Oleh kerana
itu Husein ra. tidak tahu tentang terbunuhnya Muslim Ibn Aqil sampai
beliau tiba di Qadisiyah. Beliau mengutamakan kembali ke Makkah, namun
kaum kerabat Muslim Ibn Aqil, tetap ingin melanjutkan perjalanan
menuntut balas atas kematian saudaranya. Pengikut Husein ra. ketika itu
sekitar 70 orang, terdiri dari keluarga dan pendukungnya, baik dari
kalangan lelaki, perempuan mahupun anak-anak.
Kejadiannya sangat cepat. Ketika dua utusan Husein terbunuh lagi, saat
mengingatkan penduduk Kufah tentang syarat dan ajakan mereka untuk
membaiatnya, dua utusan tersebut dibunuh oleh Ubaidillah Ibn Ziyad.
Keadaan semakin serius, sampai pada puncaknya berakhir di Karbala, di
mana kepala-kepala keluarga Rasulullah dipenggal, lalu kepala tersebut
dibawa di atas hujung tombak menuju ke Ubaidillah Ibn Ziyad, kemudian
diserahkan kepada Yazid Ibn Muawiyah di Damaskus. Husein terbunuh oleh
orang yang bernama Syamr Ibn Dzi Jausyan, yang kemudian ia mendapat
murka Allah, para malaikat dan kaum muslimin seluruhnya.
Kepala Husein yang mulia tersebut dipindahkan dari satu kota ke
kota yang lain, kemudian ke kota Asqalan. Di situlah penguasa setempat
menguburkannya. Lalu ketika bangsa Eropah berkuasa pada waktu perang
Salib, Thalaih Ibn Raziq menebusnya dengan wang 30.000 dirham agar
kepala tersebut boleh dipindahkan ke Kairo dan dapat dikubur di tempat
di mana ia mati syahid semasa hidupnya. Tentang
kepala Husein ra. di tempat syahidnya itu, para ahli sejarah
berpendapat: bahawa ketika Abd Rahman hendak memperluas bangunan masjid
Al-Husein, tempat tersebut ramai dikunjungi oleh orang-orang, termasuk
di antaranya dua ulama popular, iaitu Syekh Al-Jauhary As-Syafi’i dan
Syekh Al-Malwi Al-Maliki. Keduanya menyaksikan apa yang terdapat di
dalam kuburan Husein. Diketahui bahawa kepala Saidina Husein ra.
dibungkus dengan kain sutera berwarna biru yang diletakkan dalam pundi
emas di atas tempat ebonit. Demikian pula banyak petunjuk-petunjuk lain
tentang kepala Saidina Husein ra. dalam makam tersebut.
Allah menghendaki agar peristiwa yang menimpa pada cucu
Rasulullah itu berlaku adil. Tiga tahun kemudian Yazid Ibn Muawiyah
mati dengan cara yang hina, iaitu jatuh dari kudanya ketika sedang
mengejar monyet. Lehernya patah, kuku kaki kudanya patah dan meringkik
tidak tentu hala. Adapun Syamr Ibn Dzi Jausyan, si pembunuh Husein ra.,
terbunuh oleh Mukhtar Ibn Abi Ubaid As-Tsaqafi, pelopor gerakan
Tawwabin. Ia melemparkan jasad Syamr Ibn Dzi Jausyan agar dimakan
anjing. Begitu pula nasibnya Ubaidillah Ibn Ziyad, terbunuh lalu
dibakar. Sedangkan sisa-sisa pengikut Yazid Ibn Muawiyah mati terbunuh
di tangan kelompok Tawwabin lainnya. Allah
memuliakan Kairo dengan dimakamkannya kepala Saidina Husein dan
dikuburkannya beberapa Ahl Al-Bait di sana. Semoga Allah meredhai
mereka dan memberinya tempat yang mulia dan darjat tertinggi di dunia
dan akhirat
diambil dari: http://halaqah-online.com/v3/index.php?view=article&catid=66%3Asirah-tokoh-sahabat-nabi&id=126%3Acucu-kesayangan-insan-mulia&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=104
Posted at 12:02 pm by hasfiz
May 15, 2009
Tiadalah
menjadi apa-apa kesalahan untuk kita menghiasi rumah-rumah kita,
masjid-masjid kita, tempat-tempat kita dengan tulisan khat nama
Junjungan Nabi s.a.w. Perkara ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh
umat ini tanpa ada kritikan dan tentangan, sehingga dua masjid yang
mulia turut dihiasi dengan nama Junjungan Nabi s.a.w. di samping nama
Allah yang Maha Agung. Sebenarnya bukan sahaja alam syahadah kita ini
yang dihiasi dengan nama Junjungan s.a.w., bahkan disebutkan dalam
sesetengah riwayat yang menyatakan bahawa alam malakut yang tertinggi
turut dihiasi Allah dengan nama kekasihNya, Junjungan Nabi Muhammad
s.a.w. Inilah antara keistimewaan anugerah Allah buat Junjungan Nabi
s.a.w. Dan inilah antara manifestasi firman Allah s.w.t. tentang
baginda dalam surah al-Insyirah ayat 4 yang berbunyi:-وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
"Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu."
Atas
keistimewaan inilah maka Allah telah menyiar serta menyebarkan sebutan
nama Junjungan Nabi s.a.w. ke seluruh pelosok alam malakut yang
tertinggi. Imam Ibnu 'Asaakir meriwayatkan bahawa Ka`ab al-Ahbaar
berkata:-Bahawasanya
Allah telah menurunkan kepada Nabi Adam a.s. tongkat-tongkat menurut
jumlah para nabi dan rasul. Kepada anaknya, Nabi Syits a.s., Nabi Adam
a.s. berpesan: " Anakku engkaulah penggantiku, maka ambillah segala
tongkat ini dengan penuh ketakwaan dan pegangan yang kukuh. Setiap kali
engkau berzikir menyebut dan mengingati Allah, maka sebut dan ingatlah
bersamaNya akan nama Muhammad. Sesungguhnya aku telah melihat namanya
tertulis di kaki arsy sedangkan aku waktu itu berada antara roh dan
tanah. Kemudian aku dibawa berkeliling ke segala pelosok langit, maka
tiada aku lihat satu tempat pun melainkan tertulis padanya nama
Muhammad. Dan telah aku lihat nama Muhammad tertulis atas dada para
bidadari, atas dedaunan syurga, atas daun-daun pokok Thuba, atas daun
Sidratul Muntaha, atas segala hijab dan antara mata para malaikat, maka
perbanyakkanlah menyebut mengingatinya kerana bahawasanya para malaikat
menyebut mengingatinya pada setiap masa. Almarhum Dr. Habib Muhammad bin 'Alawi al-Maliki rhm. dalam "Mafahim"
setelah mengemukakan riwayat di atas menyatakan bahawa Ibnu Taimiyyah
turut meriwayatkan apa yang selari dengan riwayat Imam Ibnu 'Asaakir
tersebut. Ibnu Taimiyyah menyatakan dalam himpunan fatwanya:-Dan
telah diriwayatkan bahawasanya Allah telah menulis nama Junjungan Nabi
Muhammad pada arsy, pada segala isi syurga, baik pintu-pintunya,
kubah-kubahnya dan segala dedaunnya. Berhubung masalah ini, ada
berbilang atsar yang selari dengan hadits-hadits yang tsabit pada
menjelaskan keagungan nama Junjungan Nabi s.a.w. dan ketinggian
sebutannya.
Pada
riwayat Ibnul Jawzi daripada Maisarah di mana dia berkata: "Aku
bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, bilakah engkau
menjadi nabi?" Baginda menjawab: " Setelah Allah menciptakan bumi, Dia
berpaling kepada langit lalu mencipta 7 petala langit dan menciptakan
arsy serta menulis di kakinya "Muhammad adalah utusan Allah, penutup
para nabi". Allah menciptakan syurga yang dihuni oleh Nabi Adam dan
Siti Hawa, lalu dituliskan namaku atas segala pintu, dedaun, kubah dan
khemahnya sedangkan Nabi Adam ketika itu berada antara roh dan jasad.
Tatkala baginda dihidupkan Allah ta`ala, baginda telah memandang ke
arsy dan melihat namaku, maka Allah telah memberitahu baginda bahawa
yang empunya nama tersebut (yakni Junjungan Nabi s.a.w.) adalah
pemimpin anak cucunya. Tatkala mereka berdua diperdaya oleh syaithan,
mereka berdua telah bertaubat dan memohon syafaat dengan namaku kepada
Allah.
Allahu ... Allah, jika sahaja Allah
menghiaskan syurgaNya dengan nama Junjungan Nabi s.a.w., maka di mana
salahnya jika umat Muhammad menghiasi kediaman mereka dengan nama
baginda yang mulia. Sejuklah segala mata yang memandang keindahan khat
nama Junjungan serta terlancar di lidah si pemandang akan ucapan
sholawat dan salam buat baginda. Qadhi 'Iyadh al-Yahsubi dalam "Syifa`" menukilkan satu riwayat daripada Ibnu al-Qaasim dan Ibnu Wahb daripada Maalik yang menyatakan:-سمعت اهل مكة يقولون ما من بيت فيه اسم محمد إلا نمى و رزقوا و رزق جيرانهم
Aku
telah mendengar penduduk Makkah (yakni sebahagian ulamanya) berkata:
"Tidak ada satu rumah yang padanya ada nama Muhammad melainkan akan
bertambah keberkatan dan pemberian rezeki ahli-ahli rumah tersebut
serta jiran-jiran mereka." Mudah-mudahan sahaja apa yang
tersebut di atas tetap atas keumuman lafaznya yang merangkumi bukan
sahaja penghuni rumah yang namanya Muhammad tetapi juga akan khat nama
Junjungan s.a.w. yang berada di rumah tersebut.
http://bahrusshofa.blogspot.com/2008_05_01_archive.html
Posted at 05:24 pm by hasfiz
May 13, 2009
Tawassul - oleh Habib Zain
Tawassul
dan istighatsah adalah amalan para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah.
Tidak ada ulama Sunni yang menentang amalan bertawassul dan
beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan para sholihin, sama ada
sewaktu hayat mereka maupun setelah wafat. Yang menentang hanyalah
mereka yang suka benar sendiri dan menghukum orang lain sebagai sesat,
bid'ah dan sebagainya. Dan antara sandaran mereka untuk menghalang dari
bertawassul dan beristighasah dengan para anbiya' dan awliya' yang
telah wafat adalah atsar Sayyidina 'Umar bertawassul dengan Sayyidina
'Abbas r.a. Dengan bangganya mereka mendakwa bahawa "Inilah bukti yang
kita tidak boleh bertawassul dengan orang yang telah mati". Benarkah
begitu?Antara ulama kita yang masih berada di dunia yang fana ini, semoga Allah memanjang dan memberkati usia beliau, adalah al-'Allaamah al-Faqiih al-Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith. Dalam karyanya yang berbentuk soal-jawab yang berjodol "al-Ajwibah al-Ghaaliyah", beliau (hafizahUllah) menjelaskan berhubung persoalan ini. Pada halaman 77 - 79, beliau menulis:-S:
Jika bertawassul dengan orang-orang yang telah meninggal itu hukumnya
jaiz (harus), maka kenapakah Khalifah 'Umar bin al-Khaththab
bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas dan bukannya dengan Junjungan Nabi
s.a.w.?
J: Telah menjawab para ulama : Adapun tawassul Sayyidina
'Umar r.a. dengan Sayyidina 'Abbas r.a. bukanlah dalil yang menunjukkan
ketidakharusan bertawassul dengan orang yang telah wafat meninggal
dunia. Bahawasanya tawassul Sayyidina 'Umar dengan Sayyidina 'Abbas dan
bukannya dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah untuk menjelaskan kepada
manusia bahawa tawassul dengan selain Junjungan Nabi s.a.w. adalah
harus yakni boleh (jaiz) dan tidak apa-apa (yakni tidak berdosa). Dan
dikhas bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas r.a. daripada sekalian
sahabat adalah untuk menzahirkan kemuliaan keluarga Junjungan
Rasulullah s.a.w.
S: Apakah dalilnya bagi yang sedemikian?
J:
Dalil bagi yang sedemikian adalah bahawasanya telah sabit tawassul
sahabat dengan Junjungan Nabi s.a.w. selepas baginda wafat. Antaranya,
apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad
yang shohih: "Sesungguhnya manusia
menghadapi kemarau pada zaman pemerintahan Sayyidina 'Umar r.a., lalu
Sayyidina Bilal bin al-Haarits r.a. mendatangi (menziarahi) makam
Junjungan Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya RasulAllah, mohonlah hujan
bagi umatmu kerana mereka menuju kebinasaan (yakni akibat kemarau
tersebut)." Setelah itu, Sayyidina Bilal bin al-Haarits telah bermimpi
didatangi Junjungan Nabi s.a.w. dan baginda bersabda kepadanya:
"Pergilah kepada 'Umar bin al-Khaththab, sampaikan salamku dan
maklumkanlah bahawa mereka akan mendapat hujan." Sayyidina Bilal bin
al-Harits pun pergi berjumpa dengan Sayyidina 'Umar dan menyampaikan
salam dan pesanan Junjungan Nabi s.a.w. tersebut, lalu menangislah
Sayyidina 'Umar r.a. dan mereka pun mendapat hujan."
S: Bagaimanakah hadits tersebut dapat dijadikan dalil?
J:
Dalilnya adalah pada perbuatan Sayyidina Bilal tersebut yang merupakan
seorang sahabat dan pada sikap Sayyidina 'Umar serta lain-lain sahabat
yang tidak mengingkari perbuatan tersebut (yakni jikalah perbuatan
Sayyidina Bilal untuk beristighatsah kepada Junjungan Nabi s.a.w. itu
satu kesalahan, maka pasti Sayyidina 'Umar dan para sahabat yang lain
akan mengingkarinya). Dan antara dalil lain adalah apa yang dikeluarkan
oleh ad-Darimi: " Penduduk Kota
Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada
Sayyidatina 'Aisyah r.'anha. Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah berkata
kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu
lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan)
di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya,
lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh - tumbuhan hidup dengan subur
dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah kerana
lemak, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqah"
(tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta
tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."
KESIMPULAN:
Bahawsanya bertawassul itu adalah harus (jaiz / mubah) , sama ada
dengan amal-amal sholih ataupun dengan pelaku-pelaku amal sholih
tersebvt iaitu para sholihin, sama ada dengan mereka-mereka yang masih
hidu p ataupun yang sudah wafat meninggal dunia. Bahkan perbuatan
bertawassul ini telah berlaku atas setiap keadaan hatta sebelum
penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. (yakni sebagaimana terjadinya tawassul
Nabi Adam a.s. dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebelum Baginda Nabi s.a.w.
dilahirkan).
Allahu ... Allah, jadi tawassul Sayyidina
'Umar r.a. itu dengan paman Junjungan Nabi s.a.w., Sayyidina 'Abbas
r.a., adalah menunjukkan bahawa boleh kita bertawassul dengan orang
yang kedudukan dan maqamnya lebih rendah daripada Junjungan Nabi s.a.w.
Dan bukanlah dalil bagi menghalang kita untuk bertawassul dengan orang
yang telah mati. Logikanya, kita bertawassul dengan Junjungan Nabi
s.a.w. atau para sholihin adalah kerana kedudukan dan maqam mereka yang
mulia dan tinggi di sisi Allah s.w.t., maka ketahuilah yang kedudukan
dan maqam ini tidaklah hilang dengan kewafatan mereka. Junjungan Nabi
s.a.w. tetap RasullUllah, HabibUllah, NabiyUllah baik sewaktu hayat
baginda dikandung badan, maupun selepas kewafatan baginda menuju
kehidupan yang abadi.Allahu ... Allahu RabbiInilah istimewa maqam di sisi IlahiBerbeza dengan maqam duniawiLihat dulu dia perdana menteriSekarang sudah mantan perdana menteriDulu dia kerna kedudukannya dipuji tinggiKini dia pula dicaci dikejiSampai dikata "dalam daging dialah duri"Sehingga mantan membawa hatiLalu keluarlah dia dari partiIni hanya sekadar perbandingan diperiBukan tujuan menghina dan mengeji Fa'tabiruuuuuu wahai mereka yang sudiMaka jangan kita lupa diriWalau sudah di dunia berjawatan tinggiDitabik orang lagi dihormatiJangan lupa kita usaha dan cariCapai kedudukan dan maqam sejatiYang boleh dibawa selepas matiBukan hanya sibukkan kedudukan duniawiKedudukan yang hanya setakat matiAtau yang hilang setelah berhenti
Posted at 05:07 pm by hasfiz
May 12, 2009
Tersebut dalam kitab "Khulaashotul Asraar fi fadhilatish sholaati was salaami 'ala Sayyidil Abraar" karya Syaikh 'Abdul Qaadir bin 'Abdur Rahmaan al-Fathoni halaman 40 - 41, kisah berikut:-
[Dan
pada hadits] bahawasanya Jibril a.s. datang pada satu hari kepada Nabi
s.a.w. dan berkata ia: "Ya RasulAllah, aku lihat akan ajaib." Sabdanya:
"Apa yang demikian itu, hai Jibril?" Katanya: "Tatkala sampai aku
kepada bukit Qaaf, aku dengar mengeram (mengerang) dan menangis, maka
aku pergi kepadanya dan aku lihat akan seorang malaikat dan sanya
adalah aku lihat dahulu daripada yang demikian itu di dalam langit di
atas kursi dan pada kelilingnya 70,000 malaikat berbaris berkhidmat
akan dia; Dan adalah tiap-tiap nafas yang ia bernafas dijadikan Allah
daripada nafasnya malaikat. Maka sekarang aku lihat demikian malaikat
di atas bukit Qaaf patah sayapnya, padahal ia menangis. Maka tatkala
melihat ia akan daku, katanya: "Syafaatkan oleh mu bagiku." Kataku:
"Apa dosa engkau?" Katanya: "Adalah aku di atas sariir pada malam
mi'raj, maka lalu dengan dia akan Muhammad s.a.w., maka tiada aku
berdiri baginya. Maka mensiksa Allah akan daku dengan siksa ini dan
dijadikan daku pada tempat ini seperti barang yang engkau lihat." Maka
aku tadharru' kepada Allah ta'ala dan aku minta syafaat akan dia.
Firman Allah ta'ala: " Kata olehmu baginya hingga is sholawat atas
kekasihKu Muhammad s.a.w." Maka sholawat ia demikian malaikat itu atas
engkau, maka dimaaf Allah akan dia dan ditambah baginya sayapnya. Marilah
kita memperbanyakkan sholawat dan salam atas Sayyidil Anam s.a.w. Moga
mendapat syafaat baginda di hari pembalasan kelak serta bernaung di
bawah panji-panji kebesaran baginda sehingga dimasukkan ke dalam syurga
yang penuh keni'matan. rujukan: http://bahrusshofa.blogspot.com/2008_05_01_archive.html
Posted at 05:17 pm by hasfiz
Tawassul oleh Buya Maliki
 Menurut
mazhab dan pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, perbuatan
bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah dibenarkan tanpa
mengira sama ada tawassul dengan baginda s.a.w. tersebut dilakukan
sewaktu baginda masih berada di alam dunia yang fana ni ataupun setelah
keberangkatan baginda ke alam barzakh dan alam baqa. Ini adalah kerana
kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah beri'tiqad bahawa yang memberi bekas dan
yang berkuasa hanya Allah dan orang yang dijadikan wasilah tidak
mempunyai kuasa dan tidak memberi bekas, hanyasanya mereka dijadikan
wasilah kerana maqam kedudukan dan kemuliaan mereka di sisi Allah yang
Maha Berkuasa. Jadi keadaan hidup atau mati mereka, tidak menjadi
halangan untuk menjadikan mereka wasilah. Yang penting adalah maqam dan
darjat keutamaan mereka di sisi Allah s.w.t. Telah
tsabit bahawa Nabi Adam a.s. bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w.
sebelum kelahiran baginda di alam dunia ini. Ini adalah kerana yang
dijadikan wasilah tersebut adalah keadaan maqam dan darjat Junjungan di
sisi Allah s.w.t., maka perkara ini tidaklah bersangkutan dengan
kehidupan baginda di alam dunia ini. Baginda adalah seorang nabi dan
rasul yang paling utama dan paling mulia hatta sebelum baginda
memulakan kehidupan duniawi baginda, dalam kehidupan duniawi baginda
dan selepas kehidupan duniawi ini. Tidakkah para nabi dan rasul yang
diutuskan sebelum baginda telah menyatakan keimanan mereka kepada
kerasulan baginda. Bukankah para nabi terlebih lagi diri Junjungan
s.a.w. adalah ma'shum sejak dilahirkan. Bi'tsah dan mulanya turun wahyu
hanyalah sebagai titik permulaan menjalankan tugas-tugas kerasulan
menyeru umat kepada Allah s.w.t. Maka kata-kata yang mengatakan bahawa
sebelum menerima wahyu, Junjungan Nabi s.a.w. hanya seorang "budak
kampung" adalah perkataan yang buruk adab dan mencarik kemuliaan
Junjungan Nabi s.a.w. Marilah kita renungi firman Allah yang Maha Agung
dalam surah ash-Shaff ayat 6:-
"Dan
(ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: "Wahai
Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu,
mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab
Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul
yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad". Maka tatkala ia
datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata,
mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
Sebagai
umat Islam, kita tentu beriman dengan adanya kehidupan akhirat, maka
maklumlah kita bahawa maqam dan kedudukan serta darjat ketinggian
baginda Muhammad s.a.w. tetap tinggi bahkan terus meninggi biarpun
baginda telah berpindah ke alam barzakh. Maka apa masalahnya jika
seseorang bertawassul dengan baginda setelah kewafatan baginda. Orang
yang menegah bertawassul dengan Junjungan s.a.w. selepas kewafatan
baginda adalah orang yang tidak tahu ukuran darjat dan maqam Junjungan
Nabi s.a.w. 'Allaamah al-Muhaddits Prof. Dr. Habib Muhammad bin 'Alawi
al-Maliki al-Hasani rhm. dalam " Mafaahiim yajibu an tushahhah" halaman 50 menyatakan sebagai berikut:- Beberapa faedah penting dari hadits tawassul Nabi Adam
Dalam
hadits tersebut tawassul dengan Junjungan Rasulullah s.a.w. adalah
sebelum alam ini menerima kemuliaan baginda dengan kewujudan
(keberadaan) Junjungan s.a.w. padanya. Maka sesungguhnya pokok pangkal
bagi keabsahan tawassul adalah orang dijadikan wasilah hendaklah ada
padanya kadar kemuliaan yang tinggi di sisi Tuhannya 'azza wa jalla.
Dan tidaklah disyaratkan keadaan orang tersebut hidup di alam dunia.
Dan dari itu, diketahui bahawasanya pendapat
yang mengatakan tawassul tidak boleh dilakukan dengan seseorang
melainkan pada waktu hidupnya di dunia, adalah pendapat orang yang
menurut hawa nafsu tanpa petunjuk daripada Allah.
Allahu
... Allah, sungguh kalam orang yang menafikan bertawassul dengan para
kekasih Allah selepas kewafatan mereka adalah kalam yang bahaya dan
itulah sebenarnya yang boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah
memberi gambaran orang yang hidup boleh memberi bekas, manakala orang
yang mati sudah tidak boleh memberi bekas. Sedangkan di sisi Ahlus
Sunnah wal Jamaah, yang memberi bekas hanya Allah 'azza wa jalla. Allahumma, janganlah Engkau jadikan kami dari kalangan orang - orang yang menurut hawanafsunya dan kosong daripada petunjukMu. rujukan: http://bahrusshofa.blogspot.com/2008_07_01_archive.html
Posted at 04:39 pm by hasfiz
Dec 4, 2008
Media usah ghairah dedah aib orang
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
GHIBAH
atau mengumpat adalah menyebutkan hal yang dibenci atau menimbulkan
kemarahan pihak lain baik hal itu berkaitan dengan kekurangan dalam
bentuk fizikal, tingkah laku dan perbuatan sama ada ia dinyatakan
secara langsung atau isyarat.
Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya
dianggap seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Firman Allah
SWT, “Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain.
Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah
mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha
Penyayang” ( Al-Hujurat (49):12)
Sekarang ada pihak menjadikan amalan mengumpat ini sebagai
kerjaya rasmi. Habis segala hal berbentuk peribadi yang mengaibkan
ingin dibongkar menerusi media massa dan dihidangkan kepada masyarakat
yang dahagakan cerita sensasi dan kontroversi.
Setengah pengamal media beranggapan perbuatan itu
bukan suatu kesalahan kerana mereka hanya menyampaikan cerita yang
benar walaupun ia boleh mengaibkan sesetengah pihak. Ada kala isu
dimainkan oleh media itu dapat meruntuhkan sebuah perkahwinan,
memutuskan tali silaturahim di antara sesama umat Islam dan boleh
menyebabkan terjadinya persengketaan yang berpanjangan.
Hendaklah golongan ini memahami sekiranya bentuk keaiban yang
diperkatakan pihak lain itu benar sekalipun ia tetap termasuk dalam
kategori mengumpat yang diharamkan. Apa yang lebih memburukkan keadaan
adalah sekiranya berita itu tidak benar. Jika ini terjadi maka mereka
ini sebenarnya menggabungkan dua bentuk perbuatan mungkar iaitu fitnah
dan mengumpat.
Rasulullah bersabda, “Tahukah kalian apa itu mengumpat?”
Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Kemudian Baginda bersabda: “Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan
mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.” Ada yang bertanya: “Wahai
Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada
dirinya?” Baginda menjawab: “Jika yang kalian katakan itu benar,
bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan
itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” - Hadis riwayat
Imam Muslim
Perkara yang dirasakan boleh memalukan atau menimbulkan kemarahan umat
Islam yang lain sepatutnya disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Hendaklah kita semua ketahui menjaga kehormatan orang Islam lain adalah
satu tanggungjawab diperintahkan Rasulullah SAW.
Sesetengah pengamal media begitu berbangga dengan kejayaan
mereka apabila dapat membongkar sesuatu isu yang sensasi. Ketahui sikap
mereka yang bergembira di atas kesedihan orang Islam yang lain adalah
perbuatan yang kelak akan mendatangkan balasan yang buruk. Rasulullah
SAW bersabda: “Janganlah engkau menampakkan kegembiraan di atas
kesedihan saudaramu yang akan menyebabkan Allah merahmati dan
menimpakan kepadamu kesedihan saudaramu itu.” - Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi.
Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit Baginda melihat seksaan yang mengerikan menimpa golongan yang gemar mengumpat.
Baginda melewati sekelompok orang yang mempunyai kuku dari
tembaga. Mereka mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku
tembaga itu. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril: “Wahai Jibril siapa
mereka itu?” Jibril menjawab: “Mereka adalah orang yang sering makan
daging manusia, dan mereka yang suka membicarakan kejelekan orang lain”
- Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud.
Justeru, bagi mereka yang menjadikan umpat-mengumpat serta mencari-cari
cerita sensasi yang boleh mengaibkan pihak lain sebagai suatu
kelaziman, hendaklah mereka melakukan muhasabah terhadap perbuatan
mereka itu. Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu mengintip (mencari
keaiban) orang lain.” - Al-Hujurat (49):12
Oleh itu, janganlah kita semua disibukkan dengan mencari atau
mendedahkan keaiban orang lain. Apa yang lebih munasabah untuk kita
lakukan bersama adalah untuk melihat keaiban ataupun kekurangan yang
ada pada diri kita sendiri agar kita semua dapat membebaskan diri kita
daripada melakukan perkara berdosa dan berunsur maksiat. Sabda
Rasulullah: “Sesungguhnya beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan
oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan keaiban orang lain.” -
Hadis riwayat al-Bazzar
Ulama menafsirkan istilah thuubaa di dalam hadis di atas
sebagai sebuah pohon di dalam syurga dan darjat yang tinggi di dalam
syurga. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung ini.
Bagi pemilik syarikat media tempatan berusahalah untuk mengurangkan isu
kontroversi yang tidak memberikan faedah kepada masyarakat dan
tingkatkan prestasi dalam menerbitkan berita yang dapat membawa umat
Islam ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.
petikan dari: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Agama/20081203224422/Article/index_html
Posted at 08:24 am by hasfiz
Aug 6, 2008
Model Seorang Panglima dan Pengurusan Tentera
Ketenteraan adalah satu aspek yang tidak dapat dipisahkan sama sekali daripada perjalanan hidup Rasulullah SAW bahkan aspek ini adalah merupakan madrasah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menjana generasi sahabat yang di dalamnya teradun dengan konsep jihad secara bersepadu. Ketenteraan dalam pentadbiran baginda sebenarnya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing dalam mengukuh barisan pertahanan bagi menghadapi cabaran berterusan yang terpaksa dihadapi demi sebuah daulah baru dengan pemikiran baru yang amat mempengaruhi situasi politik, ekonomi, sosial dan budaya ketika itu. Ayat suci Al-Quran telah diruangi dengan banyak ayat dan surah yang membicarakan persoalan jihad dan kekuatan yang terus-menerus memberi bimbingan dan tarbiah. Allah SWT telah menjelaskan dalam surah Al Anfal ayat 60 ;
Maksudnya: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang yang dengan persiapan itu kamu menggentarkan musuh allah ,musuh mu dan orang selain mereka yang tidak mengetahui sedang Allah mengetahui.Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepada mu dan tidak akan dianiayakan. | | Apabila menyentuh tentang jihad, umat Islam tidak semestinya berada dalam zon peperangan atau konflik persenjataan, tetapi apa yang dimaksudkan dengan jihad adalah setiap umat Islam mesti dilibatkan dan diorientasikan dengan pengalaman dan penjelajahan yang disepadukan dengan konsep yang memungkinkan umat Islam dalam keadaan kesiapsiagaan yang menjamin kelangsungan dan kesinambungan umat Islam itu sendiri. Sebagai seorang panglima perang, Rasulullah saw tidak melepaskan tanggungjawabnya dalam mengambil langkah-langkah bagi memastikan setiap keputusan yang diambil dalam operasi-operasi ketenteraan itu tepat dan menjamin kejayaan sekaligus selari dengan tujuan dan matlamat penglibatan baginda di dalam sesuatu peperangan. Lebih-lebih lagi pengurusan ketenteraan atau sesebuah angkatan bersenjata itu tidak seperti pengurusan-pengurusan yang lain kerana ianya akan melibatkan nyawa dan harta benda. Oleh yang demikian, Rasulullah saw dalam rangka mengurus angkatan bersenjata telah merangka satu doktrin peperangan yang jelas bermatlamatkan konsep ketauhidan kepada Allah swt dijadikan sebagai paksi utama atau etika dalam peperangan.. Dengan membina sistem ketenteraan dan pertahanan yang berasaskan kepada mempertahankan diri maka doktrin tersebut dijadikan sebagai madrasah bagi membina warga bagi sebuah daulah yang baru yang memahami seterusnya menghayati konsep sebenar dibenarkan peperangan dalam Islam.Keizinan ini juga seterusnya menjamin kelangsungan umat yang terjana dengan kekuatan iman, maka kerangka yang dibina itu tidak tertumpu hanya kepada daulah dan kepentingannya sahaja malah ia turut mengambil kira kepentingan pejuang atau mujahid itu sendiri yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sesuatu peperangan.Keizinan perang dalam Islam didasari dengan mempertahankan diri jika dizalimi.Firman Allah SWT dalam Al Hajj ayat 39 ;
Maksudnya: Maksudnya: Telah diizinkan berperang bagi orang yang telah diperangi,sesungguhnya merekatelah dianiaya.Sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa menolong mereka itu. | | Strategi Kemenangan. 1) Janji Allah kepada yang syahid adalah Syurga . Antara kekuatan tentera Islam yang berjuang dijalan Allah mereka bukan sahaja akan dapat memartabatkan agama Allah bahkan ia diperkukuhkan dengan janji Allah iaitu akan mendapat ganjaran Allah yakni syurga bagi mereka yang gugur. Ia merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi disisi Allah swt. Para pejuang agama allah akan berasa bahawa mereka dalam keuntungan samada mencapai kemenangan atau syahid dijalan Allah.Di sinilah terserlahnya keunikan dan keindahan madrasah ketenteraan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.Jika dibandingkan dengan konsep ketenteraan dalam tamadun lain atau ajaran lain , rata-rata mereka berperang hanya untuk kepentingan individu seperti semata-mata untuk merebut harta rampasan atau sebagainya atau atas kepentingan kumpulan yang mengguna dan memperalatkan negara serta rakyat mereka sendiri. 2) Pembangunan Spiritual Sebagai arkitek dalam melakar strategi dan persiapan ke arah melahirkan pejuang tulen, tiada sedikitpun ruang yang dibiarkan oleh baginda berlalu kosong tanpa pengisian. Oleh itu, proses taqarrub kepada Allah melalui ibadat khusus bagi mendapat rahmat dan keredhaan Allah tetap menjadi resepi utama bagi membolehkan para sahabat bergelar mujahid. Dengan itu, ia telah menjadi modul kepada pendidikan bersepadu dalam pengurusan ketenteraan pimpinan Rasulullah SAW. Saidina Umar pernah mengungkap kalimah yang menggambarkan peri pentingnya aspek kerohanian untuk menjamin sesuatu kemenangan dan untuk mendapat mardhatillah yang berbunyi:
Maksudnya: Maksudnya: Telah diizinkan berperang bagi orang yang telah diperangi,sesungguhnya merekatelah dianiaya.Sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa menolong mereka itu. | | Maksudnya:Kemenangan itu milik kamu adalah kerana ketaatan kamu kepada Allah dan kemaksiatan musuh Allah.Sekiranya kedua duanya melakukan maksiat maka keutamaan dan kekuatan itu milik musuh kamu. Di sepanjang sejarah kepimpinan Rasulullah saw dalam ketenteraan, baginda telah menampilkan satu corak perancangan dan strategi yang boleh dianggap sebagai luar biasa dalam menjayakan misi-misi ketenteraan kerana setiap operasi yang dilaksanakan tetap berakhir dengan kejayaan sekalipun sebelum itu baginda tidak pernah terdedah dengan sebarang operasi ketenteraan. Ini adalah salah satu rahsia kejayaan bila mana setiap tentera diisi dengan kekuatan rohani yang sentiasa berkeyakinan tinggi dengan janji Allah.Sebagai contoh, dalam peperangan-peperangan yang besar terdapat di mana peratus tentera yang terkorban adalah kecil. | Peperangan | Bil Tentera | Terkorban | Peratus | | Badar | 313 | 14 | 4.47 % | | Uhud | 700 | 71 | 10 % | | Bani Mustaliq | 1,030 | 1 | 0.1 % | | Khandak | 3,000 | 6 | 0.2 % | | Bani Quraizh | 3,000 | 1 | 0.03 % | | Khaibar | 1,600 | 21 | 1.3% | | Al-Fath | 10,000 | 2 | 0.02 % | | Hunain | 12,000 | 4 | 0.03 % | 3) Perancangan yang baik dan teratur Merujuk kepada data dalam jadual, ia memperlihatkan kualiti tentera Islam sesungguhnya berada pada tahap yang mengkagumkan. Pencapaian ini bukan diperolehi secara spontan malah ia merupakan hasil daripada suatu kekuatan perancangan Rasulullah saw sendiri. Tiada keraguan bahawa strategi Rasulullah dalam beberapa siri peperangan telah menghasilkan konsep ketenteraan Islam yang menjadi asas dalam menangani konflik persenjataan. Konsep ini harus dikembangkan bersama perkembangan tamadun itu sendiri demi survival umat dan tidak harus dipinggirkan dari arus perdana pemikiran umat Islam khasnya.Saidina Umar pernah menjelaskan bahawa :
Maksudnya: Kebenaran yang tidak ada perancangan akan dapat ditewaskan dengan kebatilan yang terancang | | 4) Rancangan yang dirancang dibawah wahyu dan bantuan Allah Dalam peperangan, aspek psikologi adalah faktor yang amat penting dalam mengawal tekanan perasaan yang dihadapi oleh setiap pejuang. Keyakinan terhadap kekuatan diri dan pasukan adalah di antara perkara yang sering menjadi perhitungan dalam menentukan sikap dan kawalan emosi. Dalam aspek ini, Rasulullah saw telah berjaya mengatasinya dengan berkesan sekali melalui pendekatan psikologi peperangan menerusi wahyu Allah sehingga moral tentera Islam sentiasa berada di tahap yang tinggi dan memberangsangkan. Allah SWT menjelaskan pada ayat 249, surah Al-Baqarah misalnya telah memberi satu suntikan semangat yang amat berkesan,
Maksudnya: ` …..Berapa banyak ( yang pernah terjadi ), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah, dan Allah ( sentiasa ) bersama orang-orang yang sabar` . | | Ayat ini telah memberi keyakinan kepada tentera-tentera Islam apabila mereka menghadapi situasi atau keadaan yang rumit. 5) Maklumat perisikan yang terancang Maklumat adalah asas di dalam sesuatu perancangan dan tindakan, aspek ini tidak pernah diabaikan oleh baginda dalam sebarang tindakannya lebih-lebih lagi tindakan ketenteraan yang tentunya menjadi amat penting kerana ia banyak membantu mencapai kemenangan dalam sesuatu peperangan. Sebagai contoh, baginda sendiri melaksanakan tugas mengumpul dan menganalisa maklumat yang diperolehi sebelum melancarkan serangan. Diriwayatkan sebelum peperangan Badar bermula, Rasulullah saw sendiri dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar r.a. telah membuat tinjauan mengenai kedudukan tentera musuh. Bagi merealisasikan kaedah ini, siri perisikan dan pengintipan bagi mendapatkan maklumat tentang tentera musuh dari aspek senjata, pergerakan, perancangan dan tujuan mereka sentiasa dilakukan oleh baginda. Aktiviti ini melibatkan penghantaran kumpulan-kumpulan kecil ke tempat-tempat yang dijangka dilalui oleh musuh. Pengintip hanya dihantar untuk mengumpul maklumat-maklumat perlu tentang pihak musuh. Sebagai contoh antara seni dalam perisikan ialah melalui mengetahui jumlah makanan tentera dan anggaran jumlah tentera . Begitu juga taknik tersebut melalui tipu daya dengan cara berpura -pura lari dari perang tetapi sebenarnya untuk menyusun strategi baru,menguasai kawasan yang tinggi sebagai mana yang berlaku dalam perang uhud dan beberapa lagi taknik bagi mencapai kemenangan .Jika kita lihat kemahiran ini bukan semua pasukan tentera mengetahui bahkan ia sebenarnya merupakan bimbingan Allah dan kebijaksanaan Rasulullah.Firman Allah SWT dalam surah Al Anfal ayat 15-16
Maksudnya: Wahai orang -orang yang beriman apabila kamu bertemu dengan musuh yang sedang menyerang mu maka jangan lah kamu membelakanginya(mundur).Barang siapa yang membelakangi mereka diwaktu itu kecuali berbelok untuk menyiasat atau bergabung dengan kumpulan yang lain maka sesungguhnya maka orang itu kembali dengan membawa kemurkaan Allah dan tempat mereka ialah neraka jahannam dan amat buruk tempat kembalinya. | | Demikian juga , mereka sentiasa diberi arahan agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dengan pihak musuh. Apabila maklumat telah diperolehi, adalah menjadi tugas perisik untuk mengambil keputusan yang praktikal bagi tujuan merangka strategi. Analisis data yang diperolehi akan membantu untuk menyediakan maklumat-maklumat yang perlu yang mempunyai nilai strategi yang tinggi. Menelaah dan mengkaji sejarah Rasulullah saw dalam menguruskan ketenteraan, akan memberikan kita peluang keemasan untuk mengaut atau mengendong sebanyak mungkin pengajaran atau iktibar yang membolehkan seseorang itu mempunyai sifat berdaya maju kerana sentuhan sirah Rasulullah saw itu tentu akan mengetuk jiwa dan akal kita bagi membangkitkan ransangan berfikir secara berilmu, berhemah dan berketerampilan. Semoga apa yang ditunjukkan akan memberi pengajaran sebagai pengikut setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
source: http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiArtikelIstinbat/Model%20Seorang%20Panglima.htm
Posted at 11:20 am by hasfiz
Aug 1, 2008
4 Nabi Yang Masih Hidup (khidr, ilyas, ‘isa dan Idris a.s.)
Posted on July 8, 2008 by dibyochemeng
4 Nabi yang masih hidup dan tetap diberi riziqi dari khazanah Allah swt. Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah swt. 2 Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidr dan Nabi ilyas a.s. Ditempatkan di bagian bumi yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu 2 Nabi ada di langit yaitu nabi isa dan nabi idris a.s. Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah yang maha tahu yang mengetahui tempat itu. Untuk menjelaskan hal ini, kami jelaskan 5 peringkat hayah (kehidupan) Satu pandangan Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur. Nursi menjawab satu soalan…adakah Sayyidina Khidr masih hidup? Nursi menjawab ya…kerana 'hayah' itu 5 peringkat. Nabi Khidr di peringkat kedua. 5 Peringkat itu ialah: 1. Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat. 2. Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai sedikit kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di byak tempat dalam satu masa. boleh makan dan minum bila mereka mahu. Para Awliya'dan ahli kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya 'hayah' di peringkat ini. Sehingga di dalam maqam 'walayah' ada dinamakan maqam Khidr. 3.Peringkat ketiga ini seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi Isa. Nursi kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah malaikat. 4.Peringkat ini pula…ialah kehidupan para syuhada'. Mereka tidak mati, tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur'an. Ustaz Nursi sendiri pernah musyahadah peringkat kehidupan ini. 5.Dan yang tingkat Hayah ini atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang meninggal Wallahhua'lam. Subhanaka la 'ilma lana innaka antal 'alimul hakim Berikut ini kami nukilkan kisahnya : 1. Perihal Nabi Khidr 'alaihi salam. Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar al-Arabi, Abu Ya'la, Ibn al-Farra', Ibrahim al-Harbi dan lain-lain berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana firman Allah: وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ "Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi." (al-Anbiya': 34) Hadith marfu' dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.) menyatakan: "Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka bumi." Ibn al-Šalah, al-Tsa'labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga jumhurul-'ulama' dan ahl al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia sebagai manusia pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai manusia. Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam pengertian hadith di atas. Mengenai itu kami berpendapat: 1. Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian ayat al-Qur'an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu saat. 2. Kalimat 'di muka bumi' yang terdapat dalam hadith tersebut, bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk 'bumi' yang disebut dalam hadith di atas, kerana 'bumi' tempat hidupnya tidak dikenal orang-orang Arab. 3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-satunya orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi Khidir a.s. 4. Apa yang dimaksud 'yang masih hidup' dalam hadith tersebut ialah: tidak ada seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu memang benar juga. 5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan orang-orang dari penduduk Eropah Timur. Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru. Dari semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir a.s masih hidup; atau, ia masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat kekhususan sifatnya. Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling di alam dunia dengan jasadnya yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian maka pendapat yang menganggap Nabi Khidir a.s. masih hidup atau telah wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya sebagai manusia, atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya. Semua riwayat mengenai Nabi Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat dengan Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi. Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim, Jilid I, Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah Wa al-'Ulama'. Dipetik dengan sedikit perubahan dari al-Hamid al-Husaini, al-Bayan al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488). Banyak sekali riwayat-riwayat tentang nabi khidr dalam kitab-kitab yang mu'tabar. Ada riwayat yang mengatakan bahwa Nabi khidr masih hidup dan mati ditangan Dajjal. Dajjal akan menangkap seorang pemuda beriman. Kemudian dajjal menyuruhnya untuk menyembahnya, tapi pemuda itun menolak dan tetap beriman pada Allah. Lalu Dajjal membunuhnya dan membelah nya menjadi Dua. satu Bagian Dilempar sejauh mata memandang dan satu bagian dilempar sejauh mata memandang kesebelah lainnya. Kemudian Dajjal menghidupkan kembali pemuda itu. dajjal menyuruhnya agar beriman kepadanya karena ia telah mematikannya lalu menghidupkannya. Maka pemuda itu tidak mau dan tetap beriman kepada Allah. Pemuda itu bahkan mengatakan "Kamu benar-benar Dajjal!!". Lalu Dajjal mewafatkannya lagi. Ada riwayat yang mengatakan pemuda beriman ini adalah Nabi Khidr a.s. (wallahua'lam).  Syaikh Muhammad Amin Kurdi dalam " Tanwirul Qulub" pada halaman 422 menulis satu faedah seperti berikut:- Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam "Luqtul Marjaan" daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas r.`anhuma sebagai berkata:- - "Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: "Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap keni'matan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah". Ibnu 'Abbas berkata: "Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan mengamankan (yakni menyelamatkan) dia dari tenggelam (lemas), kebakaran, kecurian, dari (kejahatan) syaitan, penguasa, ular dan kala jengking."
Maka sewajarnya bagi seseorang murid untuk mengamalkan doa ini, kerana ianya akan menjadi sebab yang membawa kepada tawakkal. Doa ini juga dinukil oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam "Ihya` 'Ulumiddin" jilid 1 halaman 374 dengan sedikit perbezaan lafaz. Tawakkal itu amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana hebatnya kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana difirmankanNya dalam surah Ali 'Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: "Bahawasanya Allah ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal." Manakala dalam surah ath-Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: "Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.  Satu lagi posting berhubung NabiyUllah Khidhir a.s., mudah-mudahan dengan menyebut nama baginda a.s. dalam bulan yang mulia ini kita akan dapat keberkatannya. Kebetulan aku baru dapat sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan jodol " al-Hisnul Hasin" ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar oleh Maulana Muhammad Taqi Usmani. Kitab asalnya memang aku kenali, tetapi aku tidak pernah memiliki dan mentelaahnya secara terperinci kerana aku merasakan bahawa ianya karangan berisikan doa dan zikir semata-mata. Rupa-rupanya tentang NabiyUllah Khidhir a.s. pun ada disebut pengarangnya pada halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih jelas, biar aku nukilkan semula apa yang disebut dalam buku itu, di bawah subtitle " Condolence of Sayyidona Khidr a.s.":- According to the Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away, a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA) said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- "Surely, Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable person is one who is not given any compensation for his misfortune." Sebagaimana yang aku jelaskan dalam posting-posting terdahulu berhubungan, isu berterusan hayat NabiyUllah Khidhir sehingga masa ini adalah masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang, maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan punca perbalahan yang tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi perbalahan yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan keji-mengeji. Berhubung hadits mengenai ziarah dan takziah Nabi Khidhir ini, insya-Allah di lain posting aku akan nukilkan kalam ulama berhubung dengannya. Allahu a'laam. مدد يا نبي الله يا الخضر عليه السلام  Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya "Usul al-Wushul" mukasurat 165 - 166 menyatakan:- -
Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani, Muhammad bin Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan Rasul. -
Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu 'Athiyyah dan ats-Tsa'labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja, dan mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah pandangan Sayyidina Ibnu 'Abbas dan sebahagian sahabat. -
Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu 'Ali bin Abi Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali iaitu seorang hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran. -
Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang berjasad dalam rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah menyerahkan sahaja perkara ini dengan katanya: "Kami tidak mengetahui adakah baginda malaikat atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan inilah pendapat jumhur ahli sufi. -
Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, wa Allahu a'laam.  Kali ini aku nukil pulak tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman Sa`id an-Nursi yang diterjemah dalam bahasa omputih di bawah jodol " The Letters", jilid 1, mukasurat 1 - 2. Buku ini kome boleh cari kat Saba Islamic Media. -
First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some serious scholars reject his being alive ? -
Answer:- He is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr has the second. It is because of this that those scholars have doubted his being alive. -
….The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain extent free in that those who have it can be present in different places at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is called the 'station of Khadr'. A saint who has attained this degree may meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself. Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi'uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada kalian, nak terima sila, nak tolak gasak kome le, kan Syaikh an-Nursi tak maksum, sama jugak macam Syaikh Qardhawi dan Dr. Solah al-Khalidi. Tergelak den bila tengok hujah geng Ahkam, syabas kepada THTL, alitantawi & Zain Y.S. Typical hujjah geng Ahkam bila tersandat …. ulama tak maksum ……. ulama bias …….. macamlah depa kat Ahkam Online maksum, tak bias ……. lagi sekali gua cakap sama lu:-  Buat masa ini, malas aku nak komen panjang terhadap tuduhan dan tohmahan budak-budak kat forum al-Ahkam especially buat yang dikasihi THTL yang kononnya aku anti sunnah sebab anti wahhabi lalu anti salafi lalu anti sunnah. Inilah dakyah geng puak tu, mudahnya disinonimkan salafi gadungan puak depa dengan kaum salafus saleh terdahulu. Muka tak malu mengaku salaf. Kalau kat Pulau Jawa, istilah Salafi digunakan untuk penyokong Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bermazhab, bukan salafi gadungan macam THTL. Buat THTL komen aku buat masa ini:- TUAN HASAN TUAN LAH TUAN HASAN BOLEH BLAH Jangan marah, karang cepat mampus tak sempat pulak jadi imam mujtahid. Ikhwah, aku terbaca dalam sebuah posting geng anak Pak Wahab yang menyatakan bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir itu sudah wafat dan hanya golongan minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi Khidhir masih hidup. Sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam "Syarah Muslim" juzuk ke - 15, mukasurat 135 - 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:- -
JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu 'Umar bin ash-Sholah: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini". Dia juga berkata: "Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup). Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men'claim' telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu'amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal 'Abidin di mana dia berpesan : "Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir". Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu'amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu 'alam. ********************************************************************************************************* 2. Nabi ilyas a.s. Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab Ilyas. Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah. ******************************************************************************************************** 3. Nabi 'idris a.s. Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 56-57) Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah 'Akhnukh'. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT. Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau. Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk. Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut. Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama." Tetapi Malaikat itu menolaknya. Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata: "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris." Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: "Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?" Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu. Kemudian beliau bertanya: "Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut." "Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?" "Benar ya Idris." "Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?" "Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan." "Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?" "Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu." "Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu." Malaikat Maut pun menjawab: "Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah." Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu. Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali. Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: "Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? " "Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. "Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan." "Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu." "Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT." Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain. Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT." Jawab Malaikat Maut. Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga. Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain. Kemudian Nabi Idris berkata: "Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?" Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan." Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: "Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati." (Ali-Imran: 185) Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu." (Maryam: 71) Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga)." (Al-Hijr: 4 Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: "Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga." Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: "Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 56-57) **************************************************************************************************** 4. Kisah Nabi 'isa a.s. Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih. Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, "Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42). Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci. Kelahiran Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!' Dia (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'" (19:18-19) Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi: "Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan." (3:45) Kemudian Mariam bertanya, "Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (19:20) Malaikat menjawab, "Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21). Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50). Kerasulan dan Kenabian Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya: "Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (2:253) Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi, "Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136) Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama. Ajaran Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi: "Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya," (5:46) dan, "Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.'" (5:117) Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur'an. Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah: "dia (Isa) berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'" (43:63) Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji)." (61:6) Pengikut setia Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah: "Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'" (5:111) Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya: "Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.'" (3:52) Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?' Pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.'" (61:14) Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini: "Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?' Dia (Isa) berkata, 'Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.' Mereka berkata, 'Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'" (5:112-113) Justeru itu, baginda memohon kepada Allah, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114) Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur'an, iaitu surah kelima, al-Maidah. Mukjizat Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya: "Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ….. dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku' ….. lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (5:110) Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah. Diangkat Ke langit "Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya …..'" (3:55) "Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117) Akan tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja. Firman-Nya: "ucapan mereka, 'Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.' Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah." (4:157) Di akhir zaman nabi 'isa akan turun kembali ke bumi, bukan sebagai nabi tapi sebagai umat nabi muhammad SAW. (mengikut syariat nabi muhammad). akan berdakwah mengajak orang2 kristen untuk islam, menghancurkan sali-salib, membunuh dajjal. Gudang Ilmu ahlusunnah : http://salafytobat.wordpress.com
Posted at 03:38 pm by hasfiz
Jul 31, 2008
AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA’AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN ’ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL[1] bhg 1
TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah بسم الله الرحمن الرحيم نحمده ونصلى على رسوله الكريم (VERSI DRAF - sedang diedit) AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA'AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN 'ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL[1] :MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY[1] 1.0 Ahl al-Sunnah 1.1 Ahlissunnah waljama'ah merupakan ajaran dan amalan arus perdana umat Islam semenjak dari awal sejarahnya sampai sekarang. Ia menimbulkan sistem huarain ilmu berkenaan dengan akidah, syari'at, kerohanian, dan akhlak. 1.2 Inilah yang merupakan sistem ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma', pengamatan manusia berpengetahuan yang muktabar ini tersus menerus memandu umat ini dalam perjalanan sejarahnya. 1.3 Walaupun ada gangguan-gangguan aliran yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa, arus perdana ini terus menerus berjalan memberi panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin 'Abd al-Wahhab dari Najd. 1.4 Maka dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah. 2 Ahl al-Sunnah &Muhammad bin 'Abd al-Wahhab 2.1 Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid'ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang 'primary' dan juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan mengikut panduan sistem ilmu Ahlissunnah waljamaah atau epistemologinya. 2.2 Implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkminan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu. 2.3 Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab. 3 'Tarikh al-madhahib al-islamiyyah' oleh Imam Muhammad Abu Zahrah 3.1 Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi). 3.2 Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid'ah-bid'ah yang bukan daripada perkara agama ('laisat mina'd-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah. 4 Muhammad b. 'Abd al-Wahhab 4.1 Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal. 4.2 Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan 'Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir , antara lainnya 5 Dalam 'Al-Suhub al-Wabilah' 5.1 Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul 'Al-Suhub al-Wabilah 'ala Dara'ih al-Hanabilah' disebutkan (Maktabah al-Imam Ahmad, 1989, hal 275)bahawa 'Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah "bapa kepada Muhammad penggerak da'wah (sahib al-da'wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang 'al-Suhub al-Wabilah') oleh orang semasa dengan Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu … demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn 'Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur'an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta'wil …" (hal 275). 6 Buku Abu Zahrah-mulanya Wahabbiyah 6.1 Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa'id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz.Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim. 7 Dalam 'Tarikh Najdin'-Muslimin jadi kuffar musyrikin 7.1 Dalam 'Tarikh Najdin' tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan 'Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan 'Isa, tetapi 'menyembah manusia ( yad'una unasan): •( ، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:" ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم"."وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام " ) 8 Tarikh Najdin: Muslimin jadi penyembah berhala 8.1 Syaikh Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir , musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal , atau lebih sesat lagi daripada itu.Kata beliau ;'Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka.Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w. Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala". 9 Penafsiran Muhammad bin 'Abd al-Wahhab vs Ahl al-Sunnah 9.1 (Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya' dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertrawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekelian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu). 10 Wahhabiyyah vs Kerajaan Turki 'Uthmaniyyah 10.1 Bila wakil kerajaan 'Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian ('al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut: •( ، جاء فيها:" وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة ... وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم ) 10.2 Ada dalam surat ['yang berkenaan itu] 'Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali...Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa'a:'Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (al-Baqarah.137).(Tarikh Najdin) 11 Wahhabiyyah berperang vs Muslimin vs bid'ah kononnya 11.1 Berlakulah penentangan terhadap 'Uthmaniyyah itu , sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Prancis, jatuhlah keranaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissumnnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian. 11.2 Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah [1] bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ' bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid'ah' (li iqamatissunnah wa imatati'l-bid'ah). • [1] op. Cit. hal.212 dst 12 Wahhabiyyah vs 'bid'ah', tak menerima pandangan pihak lain 12.1 Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid'ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid'ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin[1] 12.2 Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar ( anna 'ulama' al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara'ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata' wa fi ara' ghairihim al-khata' alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a'tabiruna ma 'alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna [1] ibid.hal.212. 13 Sikap Wahhabiyyah tak menerima pandangan pihak lain-malapetaka 13.1 "Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya" (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya. 13.2 Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su'ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai 'pesaka' dalam dua keluarga itu. Wallahu a'lam. 14 Wahhabiyyah berkembang ke tempat lain kebencanaan 14.1 Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini disitulah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan. Wallahu a'lam. 15 Teks-teks untuk memahaminya antaranya •(a)'Kitabut-Tauhid' ibn 'Abd al-Wahhab •(b)K.al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab •(c)' Solah al-nabi' oleh al-Albani •(d)al-Khojandi al-Ma'sumi 'Hal al-Muslim Mulzam bi't-Tiba' madhhabin Mu'ayyanin minal-Madhahibil-Arba'ah'; •(e)al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah •(f)Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa Inggeris •(g)al-Zahawi 'al-Fajr al-Sadiq' Arab dan Inggeris •(h)'Unwan al-Majdi' oleh ibn Abi Bishr •(i) 'Tarikh Najdin' oleh ibn Ghannam dll. •(j)'Kaifa Nafhamu al-Tauhid' oleh Muhammad Ahmad Bashmil dll 16 Huraian Syahadah yang menyalahi ijma' 16.1 Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma'.Ini terdapat dalam teks 'Kitab al-Tauhid' (karangan Syaikh Muhammad 'Abd al-Wahhab sendiri) dalam 'Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid' karangan Al-Syaikh 'Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh [1]: ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع [1] hal 119,(penerbit Dar al-Hadith tanpa tarikh) 16.2 Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi s.a.w. 'Sesiapa yang berkata 'la ilaha illa'llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi , misalnya dalam jihad) , dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna 'la ilaha illa'llah'; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa'llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga mengelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya , bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa'llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu ) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.Maka alangkah hebat dan agungnya masaalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu). Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah 16.3 Dalam AS bila mengucap syahadah seseorang selamat nyawa & harta •Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan 'la ilaha illa'llah' dengan itu selamat harta dan nyawanya.Ini antaranya jelas darikpada hadith sahih yang bermaksud "Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan 'tiada tuhan melainkan Allah' bila mereka berkata demikian maka nyhawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah'.Sebab itu dalam masa jihad nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi perg ke situ.Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunubh orang yag mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu 'Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …'.Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah 'Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat.Subhana'llah. Kalau kerajaan 'Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-'aliyyil azim. 17 Adam Syirik dlm ketaatan kata Wahhabi 17.1 Adam syirik dalam ketaatan ; ini adalah bercanggah dengan ijma' Ahlissunnah tentang maksumnya para nabi s.a.a.Dalam Kitab al-Tauhid' yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas (muka surat ) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190 Surah al-A'raf yang bermaksud "Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…". [1] Ibid.hal.517. [2] Ibid.hal.517 17.2 Ayat dalam kitab itu demikian: [1] disebutkan bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawwa) , katanya :Aku sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat kepadaku…' kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung itu kelurar mati; bila ia mengandung kali yang ketiga, maka Iblis dating maka takut anak itu mati iapun menamakan anaknya 'Abd al-harith; kemudian dikatakan dalam riwayat itu, 'shuraka' fi ta'atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya' (shuraka' fi ta'atihi wa lam yakun fi 'ibaditihi).[2] 17.3 Dalam 'Tafsir ibn Kathir' dinyatakan : riwayat ini ialah dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh dijadikan sandaran. (Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh oleh Qur'an kita bertanya kepadanya, sebagai ahli hadith dan ahli tafsir,tentulah kita memilih ibn Kathir, yang الْكِتَاب فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ" ثُمَّ أَخْبَارهمْ عَلَى ثَلَاثَة أَقْسَام فَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا صِحَّته بِمَا دَلَّ عَلَيْهِ الدَّلِيل مِنْ كِتَاب اللَّه أَوْ سُنَّة رَسُوله وَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا كَذِبه بِمَا دَلَّ عَلَى خِلَافه مِنْ الْكِتَاب وَالسُّنَّة أَيْضًا وَمِنْهَا مَا هُوَ مَسْكُوت عَنْهُ فَهُوَ الْمَأْذُون فِي رِوَايَته [1]) 17.4 Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam 'kitab tauhid'. Subhana'llah. Ini bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma'sum, apa lagi hendak dikatakan ia 'syirik dalam taat' kepada Iblis. 17.5 Ibn Kathir sebagai ahli tafsir diakui dalam Ahl al-Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini. وَهَذِهِ الْآثَار يَظْهَر عَلَيْهَا وَاَللَّه أَعْلَم أَنَّهَا مِنْ آثَار أَهْل الْكِتَاب وَقَدْ صَحَّ الْحَدِيث عَنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ" إِذَا حَدَّثَكُمْ أَهْل [1] (http://quran.al-islam.com/Tafseer/DispTafsser.asp?nType=1&bm=&nSeg=0&l=arb&nSora=7&nAya=190&taf=KATHEER&tashkeel=0). 18 Al-Busiri dituduh syirik oleh Wahhabi 18.1 Al-Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada Nabi Hari Kiamat: 18.2 Pada Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik kerana minta tolong Nabi memberi syafaat kepadanya: 18.3 Ini ada dalam 'al-Burdah'nya dalam bait yang bermaksud :[1] katanya: قوله صلى الله عليه وسلم:أجعلتنى لله أندادا ؟ فكيف بمن قال ما لى من ألوذ به سواك والبيتين بعده 18.4 Sabda baginda s.a.w. Adakah anda menjadikan aku saingan bagi Allah? (tentulah sahabat tidak menjadikan nabi saingan bagi Allah dengan terkeluar daripada mulutnya 'Apa yang dikehendaki Allah dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad'; (kemudian kata pengarang kitab tauhid itu) 'Maka bagimanakah pula dengan (al-Busiri pengarang 'al-Burdah' yang menyatakan 'bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada engkau ' dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena atas semua tanpa kecuali)? 18.5 Di sini ada tuduhan kepada pengarang 'al-Burdah' –Allah memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih, hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan akidah Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi dalam doa.Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut 'ayyuhannabi' , wahai nabi, seolah-olah ia 'ada' hampir dengan kita. [1] 'Kitab al-Tauhid'hal.499. 19 Mengikut imam mazhab kafir syirik
Posted at 04:27 pm by hasfiz
Jul 30, 2008
AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA’AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN ’ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL[1] bhg 2
19.1 Mengikut mazhab syirik kafir; ini bercanggah dengan ijma' dalam Ahlissunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur'an yang bermaksud "Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak mengetahui".Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid. 19.2 Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan Kristian (Nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain Allah.ini ada dalam kitab 'Hal al-Muslim Mulzam bittiba' Madhhab Mu'ayyanin Minal-Madhahib al-Arba'ah?' karangan al-Khojandi al-Ma'sumi, yang menyatakan[1]: قال الشيخ تقى الدين بن تيميه : من أوجب تقليد امام بعينه استتيب والا قتل لان هذا الايجاب اشراك بالله فى التشريع الذى هو من خصائص الربوبية 19.3 Kata Syaikh Taqi al-Din bin Taimiah: Sesiapa yang mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafie, di Malaysia) maka hendalklah disuruh ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl al-Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap Allah dalam tashri' yang ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah bagi Tuhan).(hal.55). Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma' Ahl al-Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.Kalau orang mujtahid haram ia mengikut orang lain. [1] Kitab 'Hal al-Muslim Mulzam bi't-Tiba'I Madhhabin Mu'ayyanin…'muka surat 55., 20 engikut Imam mazhab menyembah imam mazhab dst 20.1 Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada dalam Ahlissunnah, mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang 'Kitab Tauhid' yang disebut di atas (Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab) , yang menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma'sumi ini menyatakan (muka 464); (ertinya): Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian perubahlah hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain daripada Allah porang yang bukan dalam kalangan solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah: : تغيّر الأحوال إلى هذه الغاية، حتى صار عند الأكثرعبادة الرهبان هي أفضل الأعمال، وتسمى الولاية، وعبادة الأحبار هي العلم والفقه ثم تغيرت الحال إلى أن عبد من دون الله من ليس من الصالحين، وعبد بالمعنى الثاني من هو من الجاهلين 20.2 Fahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-Ma'sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak hairanlah orang seperti nasir al-Din al-Albani dalam kitab 'Solah al-Nabi' menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan itulah 'sembahyang nabi' sembahyang dalam mazhab adalah 'sembahyang mengikut imam mazhab', itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma'sumi. Subhana'Llah. Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijma' seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini.Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini. 21 Wajib mengikut imam mazhab bagi org awam 21.1 Oleh al-Munawi rh dalam Syarah al-jami' al-Saghir[1]: katanya: ويجب علينا أن نعتقد أن الأئمة الأربعة والسفيانين والأوزاعي وداود الظاهري وإسحاق بن راهويه وسائر الأئمة على هدى ولا التفات لمن تكلم فيهم بما هم بريئون منه والصحيح وفاقاً للجمهور أن المصيب في الفروع واحد ولله تعالى فيما حكم عليه أمارة وأن المجتهد كلف بإصابته وأن مخطئه لا يأثم بل يؤجر فمن أصاب فله أجران ومن أخطأ فأجر، نعم إن قصر المجتهد أثم اتفاقاً وعلى غير المجتهد أن يقلد مذهباً ..فيمتنع تقليد غير الأربعة في القضاء والافتاء لأن المذاهب الأربعة انتشرت وتحررت حتى ظهر تقييد مطلقها وتخصيص عامها بخلاف غيرهم لانقراض اتباعهم وقد نقل الإمام الرازي رحمه الله تعالى إجماع المحققين على منع العوام من تقليد أعيان الصحابة وأكابرهم انتهى. [1] Jilid 1 hal.209. 21.2 Wajib mengikut imam mazhab bagi org awam Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu (Sufyan bin 'Uyainah dan Sufyan al-Thauri) , Auza'I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan Allah) dan tidak diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu; yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang benar dalam perkara furu' satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan oreang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang tertentu (seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam Ahl a-Sunnah wa al-Jama'ah); 22 Mengikut mazhab 4 22.1 Maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan perkara mutlaknya , dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang khususnya, lain halnya dengan [aliran yang ] selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-Din al-Razi (mujaddib abad ke 7 Hijrah itu) menyebutkan bahawa telah ijma' ulama muhakkikin bahawa orang awam tertegah daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan para pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnya-uem]. 23 ada Ahlissunnah tawassul harus bukan syirik 23.1 Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma' Sunni. 23.2 Tawassul dengan makna 'istighathah' terdapat dalam hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut: • )روى البخاري عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:{ إن الشمس تدنو يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينا هم كذلك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم بمحمد}, والتوسل والاستغاثة بمعنى واحد كما قال الحافظ اللغوي تقي الدين السبكي الذي قال فيه السيوطي إنه حافظ مجتهد لغوي فقيه أصولي نحوي متكلم. ( 23.3 Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla'lahu 'alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga [manusia], maka mereka meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam , kemudian dengan Musa, kemudian dengan Muhammad ).Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi Taqiyuddin al-Subki , yang berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi faqih usuli nahwi mutakallim)[1] . 23.4 Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati.Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan Wahhabiyyah ini ini terdapat nasnya dalam hadith nabi s.a.w. [1] http://www.sunna.info/books/albani_sunna_9 as retrieved on 5 Dec 2005 14:03:26 GMT. 24 Hadith tentang tawassul 24.1 Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia ialah seperti berikut: Diriwayatkan dalam hadith ibn Majah , dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa'id al-Khudri rd katanya bahawa nabi s.a.w. bersabda: 'Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa katanya:"Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar ini bukan dengan main-main , dengan sombong atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredaan Engkau. 25 Bertawassul dalam doa nabi s.a.w. 25.1 Engkau.Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba, kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.'Allah akan memandang kepadanya dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat akan memohon ampun untuknya.( Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad (3.21) , ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri in al-Targhib (1:179),ibn Khuzayma dalam Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym. Ghazali menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith hasan.. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia lemah.Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-masriyya (#54) dan takhrij kitab Nawawi , menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah ) 26 Bertawassul harus pada Ahl al-Sunnah 26.1 Dengan cara ini Nabi s.a.w. membuat tawassul bila ia bersabda 'hamba memohon dengan hak mereka yang meminta kepada Engkau" iaitu dengan setiap orang yang beriman.Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh para Sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan tawassul demikian. Generasdi salaf as-soleh dalam umat ini dalam kalangan para Tabi'in selepas Sahabat dan Tabit-tabi'in megamalkan doa ini bila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang menolaknya. 27 Hadith tentang tawassul 27.1 Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa'i, al-Baihaqi dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan baginda s.a.w. katanya: 'Dokanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi s.a.w. bersabda: 'kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik].Kemudian baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu' dengan baik dan membaca doa ini 'Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad , hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.' 28 Bertawassul 28.1 Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat.Al-Bukhari meriwayat hadith ini dalam tarikhnya.Ibn Majah, dan al-Hakim dalam 'al-Mustadrak'nya menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam 'al-Jami' al-Kabir' dan 'al-Saghir' menyebutnya.Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi s.a.w. menyruh orang buta itu berdoa dan menyebutnya, dan memohon kepada Allah dengan menyebut namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya.Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir Nabi s.a.w. tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian 29 Doa bertawassul diajar zaman Sahabat 29.1 Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi'in –Allah meredai mereka semuanya- untuk menunaikan hajat mereka.At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan 'Uthman bin 'Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada 'Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: 'Pergilah mengambil wudhu'. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: 'wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengen menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba'.Kemudian sebutkan hajat engkau' : (اللهم إني أسألك وأتَوجّه إليك بنبِيّنا محمد نبيّ الرحمة، يا محمّدُ إني أتَوجهُ بكَ إلى ربّي في حاجتي لتُقضَى لي) [1] Hadith sahih, diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Abu Nu'aim dalam ma'rifah, al-Mundhiri (targhib:1: 473-474, Haitami dan Tabarani dalam Kabir: (9:17-18) dan Saghir (1: 184/201-202) dari anak saudara 'Uthman ibn Hunaif, Abu Imama ibn Sahl ibn Hunaif 29.2 kemudian ia pergi ke pintu kediaman 'Uthman bin 'Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya , memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan 'Uthman , dan menyuruhnya duduk dengannya. 'Uthman berkata:'Beritahu kepada saya apa keperluan anda', lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:' Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya'. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan 'Uthman bin Hunaif , katanya: 'Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.' Tetapi ibn Hunaif berkata: 'Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah s.a.w. bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat'.[1] Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar bagindfa sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya ialah darjat syuhada' yang Allah sebutkan bahawa mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Tuhan. 30 erdoa untuk syafaat bukan syirik dlm AS 30.1 Syafaat syirik pada Wahhabiyyah 30.2 Syirik minta syafaat adalah fahaman yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah wa al-jama'ah.Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadith yang sohih.Antaranya ialah: 30.3 (Sudah disebut dalam hadith Bukhari ttg syafaat) 31 Amalan yang hidup sampai kpd si mati-dlm AS 31.1 Amalan org hidup tak sampai kepada si mati bercanggah dengan ijma'. (18)Amalan org hidup tak sampai kepada si mati 31.2 Dalam pegangan Sunni, ijma' , sampai.Orang yg kata tak sampai ia termasuk ahli bid'ah. Mausu'ah al-Ijma' fil-Fiqhil-islami oleh Sa'di Abu Jaib. ( ان الميت يلحقه ثواب بعد موته باجماع الامة .وخالف بعض أصحاب الكلام وهو قول باطل لا يعتد به. وان الدعاء يصل ثوابه الى الميت بالاجماع 31.3 Sesungguhnya pahala sampai kepada mayat selepas daripada matinya mengikut ijma' umat Islam; dan doa sampai pahalanya kepada si mati mengikut ijma' umat Islam ) 32 Wahhabi menyatakan tauhid ulama AS salah 32.1 Tauhid ulama ahl al-sunnah dituduh sebagai salah .Ini menyalahi ijma' 32.2 atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya salah;Muhammad 'Abd al-Wahhab dan mereka yang mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian tauhid kepada tiga, tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wassifat) membahagikan tauhid kepada tiga itu adalah perkara yang tidak ada dalam Ahlissunnah waljamaah: ia tidak ada dalam Qur'an, hadith, tidak ada dalam kalangan sahabat, tabi'in, tabi'it-tabi'in, demikian seterusnya (tidak ada dalam kalangan generasi Salaf); ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh abad umat Islam bertauhid 33 Pembahagian tauhid kepada 3 membawa kpd takfirkan Muslimin 33.1 Akibat daripada pembahagian kepada tiga itu timbul sangkaan (yang tidak ada alas an dalam system peristilahan dan makna pengetahuan Ahlissunnah) bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi; hanya tidak bertauhid dengan tauhid uluhiyyah kerana tidak taat kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka Orang Islam yang mengakui Tuhan Esa dan tidak beramal dengan baik agamanya ia hanya bertauhid dengan tauhid rububiyyah, sama dengan penyembah berhala juga yang bertauhid dengan tauhid rububiyyah sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang islam yang bertawassul dan m eminta berkat dikubur para wali adalah sama dalam bertauhid dengan tauhid rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi penyembah berhala; hokum atasnya adalah hukum penyembah berhala; maka halallah darah dan hartanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun 34 Penyembah berhala bukannya bertauhid tapi kafir, bohong 34.1 Mana mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid dengan tauhid rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid dalam apa-apa pengertian dan segi sekalipun sebab ia musyrik penyembah berhala.Bagaimanakah system peristilahan Syarfa' ini dipermain-mainkan sampai penyembah berhala pun dikatakan ada bertauhid? Ini tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu teologi Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-nas yang diterima oleh Ahlissunnah. Dengan itu konsep pembahagian tauhid kepada tida ini mesti disemak kembali. Ini kerana beberapa sebab : sebab tidak ada dalil dan nas yang diterima dalam Ahlissunnah; ia bercanggah dengan tauhid Ahlissunnah waljamaah yang dihuraikan secara definitif oleh Imam Asy'ari dan al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka.; 35 Pembahagian tauhid kpd 3 tak ada dalam Ahlissunnah 35.1 satu laginya sebab ia membolehkan orang menyamakan orang yang beriman yang beramal dengan bertawassul dan meminta berkat di kubur solihin dengan penyembah-penyembah berhala dan mengenakan hukum penyembah berhala ke atas mereka; dan sudah tentu inilah tauhid yang memusnahkan kerajaan Uthmaniah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman moden.Kita mesti kembali kepada tauhid mainstream yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah dan mencelakakan.Nau'dhu billahi min dhalik. 35.2 (Dalam ayat yang digunakan untuk membuktikan yang golongan musyrikin itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah terdapat kenyataan daripada Tuhan sendiri yang golongan itu pembohong dan kafir- •)ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى إن الله يحكم بينهم في ما هم فيه يختلفون إن الله لا يهدي من هو كاذب كفار ) )الزمر : 3 .( 36 Wahhabiah menyatakan Abu Jahal bertauhid 36.1 Abu Jahal lebih tahu hal la ilaha illallah dpd ulama Islam vs ijma' 36.2 atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa'Llah daripada ulama Islam; •توحيد أبي جهل وأبي لهب : •أبو جهل وأبو لهب ومن على دينهم من المشركين ، كانوا يؤمنون باللّه ويوحدونه في الربوبية خالقًا ورازقًا ، محييًا ومميتًا ، ضارًا ونافعا ، لا يشركون به في ذلك شيئًا ! عجيب وغريب أن يكون أبو جهل وأبو لهب أكثر توحيدًا للّه وأخلص إيمانا به ، من المسلمين الذين يتوسلون بالأولياء والصالحين ويستشفعون بهم إلى اللّه !! أبو جهل وأبو لهب أكثر توحيدا وأخلص إيمانًا من هؤلاء المسلمين الذين يقولون لا إله إلا اللّه محمد رسول اللّه! 37 Abu Jahal bertauhid pada Wahhabiyyah 37.1 Abu Jahal dan Abu Lahab dan orang-orang yang berpegang kepada agama mereka dalam kalangan musyrikin itu beriman kepada Allah dan mentauhidkanNya dalam Rububiyyah sebagai pencipta, pemberi rezeki, yang menghidupkan, mematikan, mendatangkan mudarat, dan menafaat, mereka tidak mensyirikkanNya dalam yang demikian itu dengan sesuatu apapun!Ajaib dan pelek sekali bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab ini lebih banyak tauhidnya terhadap Allah dan lebih ikhlas imannya berbanding dengan Muslimin yang bertawassul dengan para wali, solihin, dan memohon syafaat dengan mereka terhadap Allah ! Abu Jahal dan Abu Lahab lebih banyak tauhidnya dan lebih ikhlas imannya berbanding dengan para Muslimin yang mengucap 'la ilaha illa'Llah Muhammadun Rasulullah...(Kaifa Nafhamu al-Tauhid oleh Muhammad Ahmad Bashmil halaman 10) 38 Qadi qudah harus pada AS syirik pada Wahhabiyyah 38.1 Qadi al-qudah seperti shah an-shah vs ijma' 38.2 atau tuduhan bahawa panggilan "qadil-qudah" - kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan "Syahin-syah- raja sekelian raja" (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir) (lihat 'al-Jami' al-Farid' terbitan Muhammad Ibrahim al-Nu'nan, tanpa tarikh, hal.173; dalam Ahlissunnah gelaran itu adalah untuk ketua kadi-kadi, bukan dianggap syirik). 39 Pada Wahhabiyyah Tuhan memegang langit dgn tangan dst 39.1 Allah ada dua tangan etc vs ijma' 39.2 atau sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t. "mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi..(dan) Allah berada atas Arasy (anna'Llah fauqa'l-'Arsh)." (Lihat kitab 'al-Jami' al-Farid' hal.214, yang membawa kepada fahaman mujassimah )
Posted at 04:32 pm by hasfiz
|
|
|